BAGHDAD, 19 DIS – Dua roket disasarkan ke zon hijau iaitu kawasan paling selamat di Baghdad, Iraq yang menempatkan pejabat kedutaan Amerika Syarikat (AS), awal pagi ini.
Perkara itu disahkan pasukan keselamatan Iraq dalam satu kenyataan. “Zon hijau di Baghdad adalah sasaran dua roket Katyusha. Roket pertama ditembak jatuh di udara oleh pasukan pertahanan C-RAM, manakala yang kedua disasarkan di kawasan dataran sebelum merosakkan dua kenderaan,” katanya. – AFP