Thursday, September 29, 2022
32.9 C
Brunei

Dua staf kedutaan Rusia terbunuh dalam serangan nekad

-

KABUL, 5 SEPT – Seorang pengebom berani mati melakukan serangan dekat kedutaan Rusia di bandar Afghanistan, Kabul hari ini, membunuh dua kakitangan misi diplomatik dan mencederakan beberapa yang lain, kata kementerian luar di Moscow.

Dalam serangan pertama yang menyasarkan misi asing sejak Taliban merampas kuasa pada Ogos tahun lalu, pengebom itu meletupkan dirinya berhampiran pintu masuk bahagian konsular kedutaan.

“Akibat serangan itu, dua pekerja misi diplomatik terbunuh dan terdapat juga warga Afghanistan antara yang cedera,” kata kementerian luar Rusia.

Jurucakap kementerian dalam negeri Afghanistan, Abdul Nafy Takor memberi laporan berbeza kepada AFP, mengatakan seorang penyerang nekad telah ditembak mati oleh pengawal Taliban di kedutaan Rusia.

Seorang orang awam Afghanistan terbunuh manakala beberapa yang lain cedera, katanya.

Seperti serangan lain baru-baru ini, keselamatan Taliban yang ketat dengan cepat menutup kawasan itu dan menghalang media daripada membuat penggambaran berdekatan. – AFP

Wanita berburka melintasi kedutaan Rusia selepas serangan nekad di Kabul pada 5 September. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Penjawat awam dilarang luah pendapat di media sosial

COLOMBO, 28 SEPT – Sri Lanka hari ini mengarahkan penjawat awam untuk tidak meluahkan pendapat mereka di media sosial selepas beberapa orang pegawai mendakwa...
- Advertisment -