Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Dua subvarian Omicron cetus lonjakan kes di Afrika Selatan

    GENEVA, 5 MEI – Dua sub-varian baharu Omicron melonjakkan kes COVID di Afrika Selatan, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam, menekankan kepentingan ujian saringan untuk memantau mutasi dan penyebaran virus.

    Varian Omicron yang sangat bermutasi dan sangat mudah ditularkan bagi COVID, yang pertama kali dikesan di selatan Afrika pada November tahun lalu kini merebak dengan cepat ke seluruh dunia, sekali gus menjadi varian dominan, merangkumi hampir semua kes baharu.

    Omicron telah lama diketahui mempunyai beberapa sub-varian, dengan BA.2 yang paling dominan.

    Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata kini saintis Afrika Selatan yang mula-mula mengenal pasti Omicron mengesan dua lagi sub-varian Omicron lain, BA.4 dan BA.5, sebagai punca peningkatan kes di negara itu.

    Dalam laporan epidemiologi terbaharunya, agensi kesihatan PBB itu berkata sub-garis keturunan memperoleh beberapa mutasi tambahan yang mungkin memberi kesan kepada ciri-ciri mereka. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...