Monday, November 28, 2022
23.1 C
Brunei

-

Dua suspek curi diperintahkan untuk terus ditahan

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Julai – Mahkamah Majistret di sini, hari ini, memerintahkan dua wanita warga Indonesia untuk terus ditahan reman atas pertuduhan mencuri.

Irnawati binti Ibrahim, 36, didakwa mencuri barang kemas dan wang tunai lebih $18,000 dari sebuah rumah di Rancangan Perumahan Negara Kampung Mentiri pada 13 Julai 2017.

Sementara itu, Mutiah binti Salleh, 41, pula berdepan dakwaan menyimpan wang curi berjumlah $5,000 di sebuah rumah di Kampung Sinarubai sekitar 15 Julai 2017.

Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman menetapkan 20 Julai untuk kes disebut semula.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Qamarul Affyian bin Abdul Rahman.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Selatan lancar bas pandu sendiri

SEOUL, 25 NOV – Ibu negara Korea Selatan melancarkan laluan bas pandu sendiri pertama hari ini, sebahagian daripada uji kaji yang dikatakan jurutera berhasrat...
- Advertisment -