Dua syarikat didenda tak bayar cukai

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 FEB – Dua buah syarikat didenda oleh Mahkamah Majistret atas kesalahan gagal mengemukakan butiran pulangan cukai pendapatan tahunannya seperti yang dikehendaki di bawah Seksyen 52 (1) Akta Cukai Pendapatan (Penggal 35).

Denda $5,000 diputuskan Majistret Pengiran Hazirah binti Pengiran Haji Mohd Yusof ke atas Syarikat Murni Haji Saban Sdn Bhd selepas wakil syarikat mengaku bersalah atas tuduhan gagal mengemukakan pulangan cukai pendapatan tahunan syarikatnya yang berakhir pada 31 Disember 2013, 2014, 2015, 2016 dan 2017.

Denda $5,000 turut dikenakan ke atas Syarikat Arzy Enterprise Sdn Bhd yang gagal mengemukakan pulangan cukai pendapatan tahunan syarikatnya yang berakhir pada 31 Disember 2014, 2015, 2016 dan 2017.

Pendakwaan terhadap kedua-dua syarikat dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Emily Goh.