Wednesday, May 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua syarikat dikenakan kompaun

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MEI – Dua buah syarikat telah dikenakan kompaun $500 dan $200 masing-masing setelah didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Kecil, Penggal 30 Bab 12 (1), baru-baru ini.

    Syarikat berkenaan didapati meletakkan, melonggokkan, meninggalkan dan membuang sampah seperti bekas bahan perniagaan, bekas plastik, kotak-kotak dan cecair dari bekas perniagaan yang mana pembuangannya secara tidak teratur yang ditakrifkan sebagai sampah di tempat awam di kawasan sekitar kawasan Kilometer 2 Jalan Tutong dan kawasan Kampung Bunut semasa pemantauan rutin dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan.

    Dalam kes tersebut, syarikat berkenaan dikehendaki membayar kompaun di Bahagian Kewangan, Tingkat 3, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan dalam tempoh tujuh hari. Jika gagal dalam menjelaskan bayaran kompaun berkenaan akan mengakibatkan kes berkenaan dihadapkan ke mahkamah yang mana untuk kesalahan pertama akan membawa kepada denda $1,000 manakala kesalahan kedua dan seterusnya boleh didenda $3,000 dan penjara tidak melebihi tiga bulan.

    Sehubungan itu, syarikat-syarikat perniagaan, orang ramai dan pemilik-pemilik premis perniagaan serta pemilik atau penyewa bangunan diingatkan supaya menguruskan pembuangan sampah-sampah perniagaan secara teratur dan bertanggungjawab selain sama-sama menjaga kemaslahatan orang ramai.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda