Tuesday, March 21, 2023
21.6 C
Brunei

-

Dua syarikat dikompaun buang sampah merata

Oleh Yusrin Junaidi
Gambar serahan Jabatan Daerah Tutong

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JAN – Dua buah syarikat di Kampung Telisai, Tutong, masing-masing dikenakan kompaun $500 oleh Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Tutong atas kesalahan membuang sampah di tempat awam.

Menurut kenyataan jabatan itu, kedua-dua buah syarikat berkenaan telah melakukan kesalahan di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian 2021 dan dikehendaki untuk menjelaskan kompaun dalam tempoh tujuh hari.

Jika gagal membayar denda tersebut, syarikat-syarikat tersebut boleh dihadapkan ke mahkamah di mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang $2,000 dan tidak melebihi $10,000 bagi kesalahan pertama.

Bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang $10,000 dan tidak melebihi $30,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

Sehubungan itu, Unit Penguat-kuasaan, Jabatan Daerah Tutong mengingatkan orang ramai, pihak syarikat dan pemilik premis-premis perniagaan agar sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar, khususnya di kawasan premis-premis perniagaan dan juga kawasan awam dengan tidak membuang, melonggokkan atau meninggalkan apa jua jenis sampah sarap di tempat awam.

Sampah sarap yang yang dibuang di tempat awam oleh syarikat-syarikat terbabit.
Bahan buangan yang ditinggalkan di tempat awam dekat premis salah sebuah syarikat.

 

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Paras oksigen kurang punca jutaan ikan mati

CANBERRA, AUSTRALIA, 19 MAC – Berjuta-juta ikan telah mati dihanyutkan di tenggara Australia dalam kematian yang menurut pihak berkuasa dan saintis berpunca daripada paras...
- Advertisment -