PARIS, 11 JULAI – Syarikat pembuat cip Perancis dan Itali, STMicroelectronics dan GlobalFoundries yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) akan melabur sebanyak AS$5.8 bilion untuk membina kilang semikonduktor baharu di Perancis, kata sebuah firma dan pejabat Perdana Menteri Emmanuel Macron, hari ini.
Dua firma itu berhasrat untuk membina kemudahan pembuatan semikonduktor dalam operasi bersama bersebelahan dengan kemudahan milik ST, 300mm di Crolles, kata STMicroelektronics dalam satu kenyataan yang merujuk pada kilang di luar Grenoble di tenggara Perancis.
Dengan penubuhan kemudahan baharu itu, ia dijangka menggaji sekitar 1,000 orang, kilang tersebut akan mencapai kapasiti penuhnya menjelang 2026, tambah syarikat itu.
Kilang itu adalah sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan kebergantungan pada pembuatan Asia. – AFP