Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Dua syarikat swasta hulur sumbangan

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan Kementerian Kesihatan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 APRIL – Syarikat-syarikat swasta terus tampil menghulurkan bantuan kepada kerajaan Brunei khususnya Kementerian Kesihatan bagi sama-sama membendung dan menangani penularan COVID.

    Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan hari ini, beberapa sumbangan telah diterima daripada penyumbang syarikat swasta pada majlis yang berlangsung di kementerian itu.

    Penderma-penderma tersebut ialah DCON Sdn Bhd yang menyumbangkan sebanyak 10,000 kit ujian ART, sementara Royal Brunei Culinary yang menyampaikan cek berjumlah $616, hasil daripada kutipan acara, A Virtual Culinary Journey; Cooking with Seoul bagi Tabung Bantuan COVID.

    Sehubungan itu, orang ramai yang ingin membuat sebarang sumbangan, bolehlah menghubungi MOH Emergency Operation Centre (MOHEOC) di talian 8123796 pada waktu bekerja sahaja.

    Kementerian Kesihatan menerima sumbangan daripada DCON Sdn Bhd.
    Royal Brunei Culinary ketika menyerahkan sumbangan kepada Kementerian Kesihatan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...