Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Dua syarikat terima notis kosongkan premis

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JAN – Dua buah syarikat yang beroperasi di unit kedai yang diubahsuai tanpa mendapatkan Permit Kesiapan Kemajuan iaitu Occupation Permit (OP) terlebih dahulu telah diberi Notis Mengosongkan Unit Premis.

    Notis berkenaan dikeluarkan ke atas dua buah premis perniagaan setelah hasil pemeriksaan dan pemantauan secara bersepadu oleh Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi) bersama agensi-agensi kawalan bangunan dalam menangani kesalahan-kesalahan di bawah Perintah Kawalan Bangunan, 2014.

    Notis berkenaan dikeluarkan sepertimana diperuntukkan di bawah Seksyen 16(1) (a), Perintah Kawalan Bangunan, 2014 iaitu tiada seorang pun boleh menduduki, membenarkan atau menyebabkan untuk diduduki, mana-mana bangunan atau bahagiannya di mana kerja bangunan telah dijalankan melainkan pihak berkuasa telah mengeluarkan Permit Kesiapan Kemajuan dalam bangunan itu atau bahagian daripada bangunan itu.

    Mana-mana orang yang melanggar seksyen berkenaan melakukan suatu kesalahan dan jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi $20,000, penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

    Bagi sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang www.abci.gov.bn.

    Pegawai ABCi melekatkan notis bagi mengosongkan unit premis kepada salah sebuah syarikat. – Gambar serahan ABCi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...