Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JAN – Dua talian langsung telah disediakan oleh Kementerian Kesihatan bagi Pusat Jantung, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).
Menurut Kementerian Kesihatan, talian berkenan disediakan berkenaan bagi membolehkan orang ramai menghubungi pusat tersebut berhubung dengan prosedur perubatan, perjanjian, ubat-ubatan atau sebarang pertanyaan yang berkaitan.
Orang ramai boleh menghubungi talian 8140560 bagi prosedur dan 7440257 bagi
klinik dan pertanyaan am yang mana kedua-dua talian berkenaan dibuka pada waktu pejabat sahaja.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Talian Darussalam 123 atau layari laman sesawang www.moh.gov.bn.