Dua tan anak ikan belut dirampas

THE HAGUE, 4 JUN – Polis Eropah telah merampas dua tan anak ikan belut terancam dan menahan puluhan penyeludup, walaupun operasi selama tujuh bulan itu dihambat lockdown koronavirus, kata agensi polis EU hari ini.

Rampasan itu dianggarkan bernilai 6.2 juta euro dalam nilai pasaran di Asia, di mana ikan belut adalah sejenis makanan istimewa, kata agensi.

Bagaimanapun, rampasan hanya berjumlah satu pertiga daripada enam tan yang disita pada tahun lalu.

Operasi tahunan itu, yang diadakan di antara Oktober 2019 dan April 2020, adalah ‘lebih mencabar’ pada tahun ini disebabkan musim menangkap ikan berlaku serentak dengan lockdown koronavirus China, kata Europol.– AFP