Dua terbunuh dalam letupan gas

MOSCOW, 8 SEPT – Satu letupan gas dalam sebuah bangunan apartmen di luar Moscow hari ini membunuh dua orang dan mencederakan sekurang-kurangnya lima yang lain, menurut pegawai penguat kuasa undang-undang. Media Rusia berkata lebih ramai orang mungkin terperangkap di bawah runtuhan.

Letupan berlaku dalam bangunan sembilan tingkat di Noginsk, bandar yang terletak 50 kilometer dari timur Moscow. Letupan menjejas bahagian bawah bangunan, merosakkan kira-kira 30 buah apartmen. Pihak berkuasa telah memindah 170 orang dari bangunan. – AP