Dua terbunuh tembakan di Kashmir

SRINAGAR, INDIA, 18 OKT – Dua orang buruh terbunuh oleh lelaki bersenjata di Kashmir yang ditadbir oleh India, semalam, menurut polis, mangsa terbaharu dalam keganasan di wilayah yang majoriti dihuni oleh penduduk Islam.

Mangsa, yang merupakan seorang beragama Hindu dari Bihar, negeri luar kawasan Himalaya, ditembak di kawasan selatan Wanpoh di lembah Kashmir. Mangsa ketiga yang kritikal, menurut polis.

Pembunuhan berlaku sehari selepas seorang penjual jalanan dan seorang buruh, yang juga berasal dari Bihar, dibunuh dalam kejadian tembakan berasingan. Seorang beragama Islam dan seorang lagi beragama Hindu.

Tiada kumpulan segera mengaku bertanggungjawab atas kematian empat mangsa, yang mengejutkan bagi komuniti minoriti di wilayah tersebut.

Ketegangan yang semakin meningkat di Kashmir sejak Ogos 2019 apabila kerajaan Perdana Menteri, Narendra Modi menghapuskan pemerintahan autonomi separa wilayah tersebut dan meletakkannya di bawah pemerintahan terus New Delhi.

Pasukan keselamatan memeriksa orang awam di Bihar selepas kejadian tembakan yang membunuh dua orang buruh. – AFP

Ini diikuti dengan operasi keselamatan besar-besaran dan memutuskan komunikasi dengan puluhan ribu tentera tambahan dikerahkan di lapangan.

Modi berkata perubahan tersebut akan menamatkan keganasan yang berlarutan berdekad-dekad dan memberikan kemakmuran kepada Kashmir.

Namun penduduk tempatan undang-undang yang dikuatkuasakan sejak itu menyebelahi golongan India dari luar wilayah tersebut.

Pembunuhan terbaharu sangat mengejutkan dengan siri tembakan di jalanan minggu lalu yang menyebabkan lebih tujuh awam terbunuh, antaranya tiga penganut komuniti Hindu dan Sikh.

Kejadian tembakan itu didakwa didalangi oleh kumpulan pemberontak The Resistance Front (TRF), yang dituduh bekerja untuk agensi keselamatan India. – AFP