Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Dua terima padah miliki barangan seludup

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 FEB – Dua orang warga asing masing-masing telah diperintahkan untuk membayar denda $5,000 kerana menyimpan minuman beralkohol yang diseludup.

    Margie Ariola Pelonia, 41, dan Ronald Soredo Padua, 36, perlu menjalani hukuman penjara selama lima bulan jika gagal membayar denda tersebut.

    Pendakwa raya kastam memaklumkan Majistret Kanan Hajah Azrimah binti Haji Abdul Rahman bahawa sepasukan pegawai pencegahan kastam menyerbu kediaman sewa kedua-dua orang warga asing itu di Kampung Kilanas pada pukul 4:52 petang 10 Februari lalu di mana mereka menemui enam botol wain dan 84 tin bir, bersama wang tunai $2,000 dipercayai hasil yang melibatkan barangan seludup.

    Mahkamah juga memerintahkan agar minuman beralkohol yang dirampas tersebut supaya dimusnahkan.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...