Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Dua timbalan setiausaha tetap dinaikkan pangkat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 OGOS – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perkenan bagi kenaikan pangkat dan pelantikan dua orang pegawai kanan.

    Timbalan Setiausaha Tetap (Wawasan, Kewangan dan Kabinet) di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Awang Ajman bin Haji Meludin telah dinaikkan pangkat dan dilantik menjadi setiausaha tetap (urus tadbir perkhidmatan awam) di JPM.

    Manakala itu, Timbalan Setiausaha Tetap (Keselamatan, Penguatkuasaan dan Undang-undang) di JPM, Hajah Nor Hashimah binti Haji Mohammed Taib dinaikkan pangkat dan dilantik menjadi setiausaha tetap (sekuriti dan undang-undang) di JPM.

    Tarikh kenaikan pangkat dan pelantikan kedua-dua pegawai kanan berkenaan berkuat kuasa 17 Ogos 2022.

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...