Dua wanita maut dirempuh kereta

TOKYO, 19 April – Seorang pemandu berusia 87 tahun telah merempuh pejalan kaki di persimpangan Tokyo yang mana membunuh dua orang wanita dan lapan orang yang lain dilaporkan cedera, kata polis Jepun.

Jabatan Polis Metropolitan berkata, wanita dan kanak-kanak itu dikatakan mati semasa di hospital.

Penyebab kemalangan itu sedang disiasat dan para penyiasat berkata tidak ada petunjuk bahawa pemandu tersebut sengaja merempuh kemalangan itu, lapor Fuji TV.

Pemandu telah pun dibawa ke hospital dan akan dipersoalkan, kata akhbar Sankei. – AP

Pegawai polis sedang memeriksa tempat kejadian kemalangan kereta di Tokyo, kelmarin. – AP