Dua wanita terbunuh dalam runtuhan tanah

VIENNA, AUSTRIA, 9 JULAI – Dua pengembara terbunuh dan lapan yang lain cedera semalam selepas satu runtuhan tanah melanda gaung di selatan Austria, kata polis.

Dua wanita, seorang warga Hungary berusia 50 tahun dan seorang warga Austria berusia 21 tahun, terbunuh apabila batu merempuh sebatang laluan pejalan kaki kayu yang menuju ke gaung Baerenschutz pada tengah hari waktu tempatan.

Mangsa cedera dibawa ke tempat selamat oleh kumpulan penyelamat pergunungan, dengan seorang dikatakan cedera parah. – AFP