Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Dua warga asing langgar peraturan JIPK

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar serahan JIPK

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 NOV – Seorang lelaki warga asing telah ditahan semasa Operasi Tumpas JIPK 76/2022 yang dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) yang menyasarkan sebuah kampung di Mukim Gadong A, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan JIPK, hari ini, lima pegawai dari Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang yang terlibat dalam operasi tersebut telah mendapati warga asing tersebut telah melakukan beberapa kesalahan di bawah Akta dan Peraturan Imigresen Penggal 17 iaitu gagal menunjukkan sebarang dokumen yang sah dan tidak bekerja dengan majikan asal.

    Sementara itu, Operasi Tumpas JIPK 77/2022 yang menyasarkan sebuah kedai runcit di Jalan Tutong telah mendapati seorang warga asing melakukan kesalahan bekerja menggunakan pas melawat sosial.

    Lelaki tersebut telah dibawa ke Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang JIPK atas kesalahan di bawah Akta dan Peraturan Imigresen Penggal 17.

    Sebarang aduan mengenai pesalah imigresen, orang ramai bolehlah menghubungi talian hotline JIPK iaitu 8734888 dan 8753888.

    Pegawai penguat kuasa semasa melakukan pemeriksaan.
    Lelaki warga asing telah ditahan semasa Operasi Tumpas.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...