Dua warga asing melarikan diri

Oleh Sim Y. H.

Gambar serahan PDB

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 FEB – Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan dua orang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan PDB, di sini, hari ini, laporan telah dibuat di Balai Polis Muara mengenai dua orang pekerja lelaki warganegara Bangladesh iaitu Mohd Ashraful Mondol berusia 30 tahun dengan nombor pasport, BL0888940 dan Habibur Rahman berusia 39 tahun dengan nombor pasport, BR0611808 yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki-lelaki berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Muara melalui talian 2772333 dan talian kecemasan polis 933, mana-mana balai polis yang berdekatan, laman sesawang www.police.gov.bn atau instagram @upa.ppdb.

Mohd Ashraful Mondol.
Habibur Rahman.