Dua warga tempatan dikehendaki bantu siasatan

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 OGOS – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang lelaki dan seorang wanita warganegara tempatan yang dikehendaki berikutan satu laporan yang dibuat di Unit Siasatan Jenayah Penderaan Wanita dan Kanak-Kanak, Jabatan Siasatan Jenayah.

PPDB dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini, menyatakan bahawa lelaki yang dikehendaki itu ialah Yazman bin Haji Yaakub yang mempunyai kad pengenalan bernombor 00-269188 (Kuning) dan Nor Syaraeza binti Sulaiman yang mempunyai kad pengenalan 00-316176 (Kuning)

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan lelaki dan wanita yang dikehendaki berkenaan boleh menghubungi Unit Siasatan Jenayah Penderaan Wanita dan Kanak-Kanak, Jabatan Siasatan Jenayah melalui talian 2459500 sambungan 796/797 atau talian kecemasan 933 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Yazman dan Nor Syaraeza yang dikehendaki PPDB berikutan laporan yang dibuat di Unit Siasatan Jenayah Penderaan Wanita dan Kanak-kanak. – Gambar serahan PPDB