Thursday, December 7, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    Dua wartawan Perancis dihantar pulang

    RABAT, MAGHRIBI, 22 SEPT – Tidak kurang daripada 312 wartawan asing membuat liputan mengenai gempa bumi Al Haouz di Maghribi, bagaimanapun dua daripada mereka yang merupakan warga Perancis diusir kerana melanggar undang-undang.

    Maghreb Arabe Presse (MAP) melaporkan demikian memetik kenyataan Menteri Perwakilan yang bertanggungjawab bagi Perhubungan dengan Parlimen, Mustapha Baitas, kelmarin.

    “Kedua-dua warga Perancis yang dihantar pulang, tidak memohon sebarang kebenaran untuk membuat laporan mengenai gempa bumi Al Haouz,” kata Baitas pada taklimat akhbar di akhir majlis kerajaan, sambil menambah bahawa mereka telah memasuki Maghribi untuk tujuan pelancongan.

    Beliau yang juga jurucakap kerajaan berkata, untuk itu, adalah perkara biasa bagi mereka untuk tertakluk kepada langkah pengusiran yang dibuat menggunakan peruntukan undang-undang berkaitan.

    Baitas juga berkata terdapat tidak kurang daripada 312 wartawan asing, mewakili 90 media, terlibat membuat liputan mengenai gempa bumi yang bertugas secara bebas dan telus di semua wilayah yang terjejas. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China jadi contoh dunia bagi hak asasi manusia

    BEIJING, 5 DIS – China kelmarin menganjurkan seminar sempena ulang tahun ke-75 Deklarasi Hak Asasi Manusia Dunia di Beijing yang disertai lebih 70 peserta...