Dubai ambil langkah berjaga-jaga daripada penularan virus

DUBAI, EMIRIAH ARAB BERSATU, 24 JAN – Lapangan terbang menambah alat penyaringan dan mengambil langkah berjaga-jaga lain untuk mengelakkan virus baharu dari terus merebak melalui pelancong China yang pergi ke luar negara bersempena dengan cuti Tahun Baharu Cina.

China telah melakukan tindakan yang belum pernah terjadi dengan menutup bandar Wuhan, yang menempatkan kira-kira 11 juta penduduk di mana virus pertama kali mula dikenal pasti pada bulan lepas. Di samping itu, ia juga memulakan langkah-langkah serupa di bandar-bandar berdekatan pada hari ini dalam usaha menghentikan penyebaran virus koronavirus baharu yang telah menjangkiti ratusan orang.

Beberapa kes juga telah disahkan di beberapa negara, terutamanya destinasi Asia untuk pekerja-pekerja Cina dan pelancong-pelancong dikenakan saringan segera dan mengasingkan sesiapa sahaja yang disyaki dengan simptom serupa untuk mengehadkan penyebaran virus. Namun, terdapat kebimbangan virus itu akan terus menular semasa perjalanan dan perayaan bersempena Tahun Baharu Cina. China menjangkakan kira-kira 3 bilion perjalanan bakal dilakukan bagi tempoh 40 hari perjalanan.

Lapangan terbang Dubai, paling sibuk di dunia bagi perjalanan antarabangsa, berkata kelmarin ia akan menjalankan pemeriksaan suhu penumpang yang tiba menggunakan penerbangan terus dari China. – AP

Gambar fail pada 11 Disember 2019 menunjukkan Pesawat Emirates tiba mendarat di Lapangan Terbang Antarabagsa Dubai, di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. – AP