Dubai buka hospital 3,000 katil

DUBAI, 19 APRIL – Dubai membuka hospital lapangan yang menempatkan 3,000 katil di Pusat Dagangan Dunia semalam untuk bersedia menghadapi pertambahan dalam kes koronavirus.

Pusat pameran itu terletak di pusat bandar, salah satu daripada tujuh anggota Emiriah Arab Bersatu.

Hospital itu akan memperkukuh sistem penjagaan kesihatan Dubai dan ‘menggunakan kesemua sumber dan infrastruktur untuk memerangi pandemik COVID-19,” kata satu kenyataan dari pejabat media emiriah itu. Hospital tersebut mempunyai kapasiti yang boleh dikembangkan kepada lebih 3,000 katil,” tambah kenyataan.

UAE telah mengenakan langkah penjarakan sosial yang ketat dan perintah berkurung waktu malam untuk mengekang penularan virus itu. Lebih daripada 6,000 jangkitan COVID-19 telah dicatat di UAE, termasuk 37 pesakit yang telah meninggal dunia. – AFP