Wednesday, December 4, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dubai: pengecaman wajah pada pengangkutan awam

    DUBAI, 25 OKT – Dubai memperkenalkan sistem pengecaman wajah pada pengangkutan awam untuk meningkatkan keselamatan, kata para pegawai hari ini, ketika emiriah itu bersiap sedia untuk menjadi tuan rumah bagi pameran ekspo global.

    “Teknologi itu telah membuktikan keberkesanannya untuk mengenal pasti orang yang dikehendaki dan disyaki,” kata Pengarah Jabatan Keselamatan Pengangkutan Dubai, Obaid al-Hathboor.

    Emiriah itu sudah pun mengoperasi sistem biometrik menggunakan pengecaman wajah di lapangan terbang antarabangsanya.

    Dubai, yang menyaksikan ianya sebagai perintis ‘bandar pintar’ di Timur Tengah, memasang cita-cita untuk menjadi hab kecerdasan buatan (AI) dan teknologi.

    Kedua-dua sektor itu akan dipamerkan ketika ia membuka pameran ekspo yang bernilai bilion dolar itu.

    Putera Mahkota Dubai, Sheikh Hamdan bin Mohammed bin Rashid Al Maktoum (dua, kiri) dan Sheikh Mansour bin Mohammed bin Rashid Al Maktoum (kiri) semasa pembukaan stesen latihan simulasi pintar di emiriah Teluk pada 25 Oktober. – AFP

    “Kami berhasrat untuk meningkatkan prestasi kami dengan membina keupayaan semasa kami bagi memastikan tahap tertinggi keselamatan dalam stesen metro dan sektor pengangkutan lain,” kata Hathboor.

    Awal minggu ini, di bawah pemerhatian Putera Mahkota Dubai, Sheikh Hamdan bin Mohammed, polis bandar menggunakan pengecaman wajah dalam senario simulasi untuk mengenal pasti lelaki bersenjata yang melancarkan serangan ke atas stesen metro.

    Unit polis khas, dilatih di Amerika Syarikat (AS), membantu ‘mengosongkan’ komuter daripada stesen dalam serangan olok-olok, sebelum bekerja bersama-sama dengan pusat kawalan untuk menangkap suspek.

    Anggota unit khas akan dihantar ke stesen metro utama semasa ekspo 2020.

    Acara enam bulan itu telah ditangguhkan selama setahun disebabkan koronavirus dan kini dijadualkan akan dibukakan pada Oktober 2021.

    Ia juga dijangka akan menarik 15 juta pengunjung sebelum ekonomi global dan sistem pengangkutan dijejaskan oleh pandemik.

    Jamal Rashed dari Jabatan Keselamatan Pengangkutan Polis Dubai berkata teknologi pengecaman wajah akan dikeluarkan beberapa bulan akan datang di semua stesen metro. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda