DUBAI, 27 DIS – Dubai hari ini dijangka akan mengurangkan belanjawan kepada AS$15.5 bilion pada 2021 selepas ekonomi mereka terjejas oleh penurunan dalam sektor pelancongan dan lainnya di tengah-tengah pandemik koronavirus.
Negara teluk itu, salah sebuah dari tujuh yang membentuk Emiriah Arab Bersatu, mengumumkan rekod belanjawan AS$18.1 bilion bagi 2020.
“Belanjawan yang baru diumumkan mengambil kira keadaan ekonomi bagi tahun kewangan 2020 dan kesan pandemik COVID-19 pada ekonomi global,” menurut kenyataan dari Pejabat Media Dubai.
Dubai mengalami kerugian bagi tahun kelima berturut-turut, dengan AS$1.3 bilion pada 2021. Pada 2019, mereka meramal kerugian sebanyak AS$700 juta bagi tahun ini.
Negara tersebut, yang bergantung pada sektor pelancongan dan perkhidmatan runcit, menutup sempadan mereka selama beberapa bulan disebabkan pandemik, menyebabkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mereka menjunam 10.8 peratus pada separuh pertama tahun ini.
Menurut anggaran kerajaan diterbitkan awal minggu lalu, ekonomi berkemungkinan menguncup 6.2 peratus pada tahun ini tetapi dijangka akan menyaksikan pertumbuhan pada 2021.
Belanjawan baharu ‘mengesahkan kemampuan Dubai untuk menangani krisis, mengembalikan keamanan pertumbuhan ekonomi, mengukuhkan faedah sosial dan perkhidmatan penting,” menurut pejabat media. – AFP































