PARIS, 21 JAN – Ducati semalam menandatangani perjanjian baharu dengan penganjur MotoGP, Dorna Sports sehingga 2026.
Berpusat di Bologna, Itali, Ducati memasuki MotoGP pada tahun 2003, meraih gelaran dunia dengan pelumba Casey Stoner pada tahun 2007.
Mereka memenangi gelaran musim lalu hasil kemenangan Antonio Dovizioso di Austria dan Danilo Petrucci di Perancis.
“Dalam 18 musimnya di MotoGP, Ducati telah meraih 160 podium, termasuk 51 kemenangan,” kata satu kenyataan yang mengumumkan perlanjutan kontrak.
Untuk musim 2021 yang akan datang, Ducati akan ditunggang oleh Jack Australia Miller dan Francesco Bagnaia dari Itali bagi menggantikan Dovizioso dan Petrucci.
Ketua Pegawai Eksekutif Ducati Motor Holding Claudio Domenicali menekankan pentingnya MotoGP bukan sahaja ‘untuk memacu semangat dan keceriaan Ducati di seluruh dunia tetapi juga sebagai makmal penyelidikan yang maju’. – AFP





























