Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Ducati masuk pasaran Brunei

    Oleh Ak Zaki Kasharan & Mu’min Karim

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 SEPT – Berita gembira buat para penggemar industri permotoran tempatan apabila jenama kenderaan beroda dua dari Itali yang tidak asing lagi iaitu Ducati akan membuat kemunculan sulungnya di negara ini.

    Semasa sidang media yang dikendalikan oleh Ducati Brunei yang dibawakan oleh Bee Motors Sdn Bhd, hari ini, Naib Pengetua Ducati Asia Pasifik, Marco Biondi menerangkan secara ringkas sejarah Ducati yang mula ditubuhkan pada 1926 namun dalam bidang yang berlainan iaitu radio.

    Hanya setelah berakhirnya perang dunia kedua pada 1946, Ducati mengubah haluan ke dalam bidang permotoran yang berkembang sehinggalah ke hari ini di mana ia menjadi satu jenama yang unggul di arena permotoran seluruh dunia.

    Menurutnya, setakat ini Ducati berpangkalan di 96 buah negara termasuk di Negara Brunei Darussalam dengan 70 pengimport dan memiliki lebih 790 pusat servis di seluruh dunia.

    Misi Ducati, jelas Marco Biondi lagi, adalah untuk menambah baik pengalaman pemilik motosikal melalui produk berkualiti tinggi, menarik serta berteknologi tinggi.

    Pengurus Operasi Ducati Brunei, Tony Pang pula mengongsikan bahawa Bilik Pameran Ducati Brunei yang berukuran 144 meter persegi mempamerkan model-model Ducati, aksesori dan peralatan Ducati selain menempatkan pusat servisnya yang tersendiri.

    Beliau turut mengongsikan antara perancangan akan datang Ducati Brunei termasuklah untuk mengadakan jelajah tunggangan bermotor dan mengadakan pertemuan dalam kalangan pemilik motosikal di samping menyediakan koleksi dan aksesori terkini Ducati.

    Selain itu, Ducati Brunei juga komited untuk membina kepercayaan dan keyakinan pelanggan menerusi kemudahan moden dan terkini.

    Tony Pang menjelaskan mengenai Ducati Brunei dengan disaksikan Marco Biondi semasa sidang media tersebut.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...