Duda menang pilihan raya Poland

WARSAW, 13 JULAI – Presiden Poland Andrzej Duda menewaskan pencabarnya untuk memenangi pilihan raya pusingan kedua, keputusan rasmi menunjukkan hari ini.

Sekutu rapat Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, Duda telah berjanji akan memperketat undang-undang ke atas pengguguran dan telah berkempen menentang ‘ideologi LGBT.’

Penyandang itu memenangi penggal lima tahun baharu dengan memperoleh 51 peratus dalam pengundian semalam berbanding 49 peratus untuk datuk bandar liberal Warsaw Rafal Trzaskowski, yang berjanji akan memulihkan hubungan dengan Kesatuan Eropah. – AFP

Andrzej Duda dan isteri, Agata bergambar bersama penyokong semasa keputusan tinjauan diumumkan selepas pilihan raya presiden di Pultusk, Poland pada 12 Julai 2020. – AFP