Sunday, December 8, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Duduk di rumah waktu malam mulaihari ini

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 OKT – Orang ramai diperlukan untuk berada di tempat tinggal masing-masing pada setiap malam dari pukul 8 malam hingga 4 pagi bermula esok (4 Oktober).

    Dalam tempoh dua minggu (pengawalan tambahan) ini dan dengan kerjasama orang ramai, diharap akan dapat mengurangkan angka jangkitan COVID-19 di negara ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah melahirkan harapannya pada sidang media di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Menjawab persoalan mengenai perancangan kerajaan jika kes jangkitan masih tiga angka, Yang Berhormat Dato berkata, sekiranya perlu kerajaan akan mengambil langkah lain.

    Menurutnya, segala maklumat yang diperoleh akan dikumpulkan dan seterusnya dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Pandu COVID-19 untuk dibincangkan.

    “Kita akan memantau secara berterusan dan meneliti setiap hari angka positif dan hasilnya, untuk melihat sama ada dapat melonggarkan peraturan atau sebaliknya,” tambah beliau.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda