Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Dugaan sebelum kahwin, Usop tidak boleh tidur

    Kurang seminggu sahaja lagi untuk bergelar suami kepada model sambilan Nur Fatihah Md Hashim, penyanyi Usop berkata dia tidak boleh tidur lena memikirkan hari bahagianya itu.

    Menjelang pernikahan pada 4 Februari depan, Usop atau nama sebenar Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor, 24, berkata segala persiapan sudah selesai dilakukan oleh kedua-dua pihak.

    “Alhamdulillah semua persiapan dah selesai dilakukan dan hanya tunggu hari kejadian sahaja.

    “Sejujurnya makin dekat hari hendak nikah, makin rasa gementar pula.

    “Sampai nak tidur malam pun tak lena, saya memikirkan saat-saat berdepan dengan tok kadi itu, takut itu memang ada tapi mahu tidak mahu saya kena hadapi juga.

    “Kalau nak tahu, mata kiri bakal isteri saya mengalami lebam kerana terhantuk pintu baru-baru ini. Saya dah bawa pergi klinik, syukur tak ada kecederaan teruk.

    “Harap kesan lebam tu cepat sembuh, kalau tidak kena tutup dengan mekap nanti,” katanya kepada wartawan.

    Baru-baru ini, pasangan tersebut mencuri tumpuan apabila foto dan video pra perkahwinan mereka menerima pujian serta mendapat komen positif daripada warganet di media sosial.

    Dalam perkongsiannya menerusi aplikasi TikTok itu, pasangan ini memilih tema Inggeris dengan mengenakan suit dan gaun merah sedondon. – Agensi

    Penyanyi Usop berkata dia tidak boleh tidur lena memikirkan hari perkahwinannya itu. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...