Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Dulu playboy, kini lelaki kenal erti setia

    Menyelak semula helaian peribadi figura tersohor, John Legend, 44, kisah perselingkuhan bertahun-tahun lama menjadi latar kehidupan, suatu ketika dahulu.

    Malah, pemilik nama John Roger Stephens itu tidak malu mendedahkan sikap curangnya bermula zaman remaja sehingga mengecapi populariti apabila menjadi kegilaan ramai wanita yang ingin mendampinginya.

    Walaubagaimanapun, sikap ‘playboy’ Legend hilang sebaik sahaja bertemu dengan isterinya, Chrissy Teigen. Wanita itu berjaya mengubah dan menundukkan Legend menjadi lelaki yang begitu menghargai cinta dan erti setia.

    Begitulah hebatnya penangan cinta Legend dan Teigen. Justeru, tidak hairanlah andai perasaan cinta, kasih sayang dan perhubungan menjadi tema wajib dalam pembikinan album Legend sejak dahulu lagi.

    Dan isi hatinya ditumpahkan penyanyi lagu All Of Me ini menerusi album terbaharu berjudul Legend yang dilancarkan sejak 9 September lalu.

    “Persamaan dapat ditemui dalam setiap karya saya adalah perasaan cinta, kasih sayang dan perhubungan. Saya suka menyanyikan lagu kisah cinta.

    “Seperti album terdahulu, banyak lagu dalam album ini saya dedikasi buat isteri dan anak-anak tersayang. Mereka menjadi inspirasi menghasilkan karya.

    “Saya menulis karya berdasarkan pengalaman dilalui. Sudah sembilan tahun bergelar suami, enam tahun menjadi bapa.

    “Kasih sayang isteri dan anak-anak memberi inspirasi kepada saya,” katanya dipetik BH Online. – Agensi

    Album Legend adalah terjemahan dua sisi berbeza dalam diri John Legend. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...