Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Dunia belum bersedia hadapi pandemik baharu

    GENEVA, 18 MEI – Usaha pembaharuan global untuk menangkis ancaman pandemik baharu telah menjadi perlahan dan kucar-kacir, meninggalkan dunia tanpa persediaan sama seperti apabila COVID pertama muncul, menurut amaran yang dikeluarkan dalam satu laporan hari ini.

    Setahun lalu, panel pakar bebas membentangkan laporan negatif kepada perhimpunan tahunan Pertubuhan Kesihatan Dunia mengadu tentang penyelarasan lemah dan keputusan tidak bijak yang telah mendorong pandemik COVID menular pesat.

    Pada masa yang sama, Panel Bebas untuk Kesiapsiagaan dan Respons Pandemik, dipengerusikan bersama oleh bekas perdana menteri New Zealand Helen Clark dan bekas presiden Liberia Ellen Johnson Sirleaf, merangka senarai panjang langkah yang diperlukan untuk menangani COVID dan memastikan dunia mempunyai persediaan lebih baik untuk berdepan ancaman masa depan.

    Namun dalam satu laporan penilaian setahun kemudian, panel itu memberi amaran bahawa dunia masih ‘bersikap acuh tidak acuh’ dan tindakan tersebut menetapkan ‘asas kepada penularan satu lagi pandemik.’

    “Kami mempunyai alat dan sistem sama yang wujud pada Disember 2019 untuk bertindak terhadap ancaman pandemik,” beritahu Clark kepada wartawan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...