Dunia berdukacita, hulur bantuan kepada Lubnan

BEIRUT, 5 OGOS – Bantuan perubatan kecemasan dan rumah sakit bergerak dihantar ke Lubnan hari ini, ketika dunia sedia menghulurkan bantuan dan memberi penghormatan kepada para mangsa korban dari letupan dahsyat yang menghancurkan Beirut.

Letupan yang berlaku di pelabuhan kota itu menyebabkan kemusnahan besar dan membunuh lebih dari 100 orang, menimbulkan penderitaan di negara yang sudah berada dalam krisis.

Bantuan perubatan kecemasan dari Kuwait tiba di ibu negara Lubnan pada pagi tadi, ketika Pasukan Bulan Sabit Merah Lubnan mengatakan bahawa lebih dari 4,000 orang sedang dirawat kerana cedera selepas letupan yang menyebabkan pecahan kaca dan puing kemusnahan bertebaran. Perdana Menteri Lubnan, Hassan Diab telah meminta negara-negara sahabat untuk menyokong sebuah negara yang telah mengalami krisis ekonomi terburuk dalam beberapa dekad dan juga wabak koronavirus.

Negara-negara Teluk adalah antara yang pertama membuat tindakan, dengan Qatar mengumumkan akan menghantar rumah sakit lapangan untuk meredakan tekanan terhadap sistem perubatan Lubnan yang tegang.

Kru di pangkalan udara Doha Al-Udeid memuatkan beratus-ratus katil lipat, generator dan barang keperluan lain ke pesawat kargo tentera udara, salah satu dari empat pesawat telah terbang dari Teluk ke Lubnan hari ini.

Presiden Iran, Hassan Rouhani mengatakan kepada rakan sejawatnya di Lubnan bahawa Tehran “bersedia menawarkan bantuan perubatan dan membantu merawat yang cedera”.

Raja Jordan II, juga mengatakan Jordan juga berjanji untuk menghantar sebuah hospital bergerak.

“Rumah sakit lapangan akan merangkumi pakar dan kakitangan perubatan, untuk memberikan sumbangan dalam menawarkan perkhidmatan perubatan dan rawatan untuk menyokong saudara kita di Lubnan,” kata televisyen negara Jordan dalam satu laporan.

Pihak berkuasa Belanda mengumumkan bahawa 67 pekerja bantuan menuju ke Beirut, termasuk doktor, pegawai polis dan anggota bomba. –AFP

Kepulan asap dari pelabuhan Beirut berikutan letupan besar yang melanda ibu kota Lubnan. Penyelamat mencari mangsa bencana di Beirut setelah letupan dahsyat di pelabuhan menghancurkan di seluruh kawasan itu. – AFP