Saturday, August 13, 2022
24 C
Brunei

Dunia bergegas kekang varian Omicron

-

SCHIPOL, 28 NOV – Beberapa negara Eropah semalam mengumumkan kes pertama mereka bagi strain koronavirus baharu yang sangat mudah berjangkit, ketika kerajaan di seluruh dunia mula menutup pintu untuk membendung varian baharu COVID-19, Omicron.

Britain, Jerman dan Itali mengesahkan kes pertama mereka bagi strain baharu COVID-19, manakala pihak berkuasa Belanda mengkuarantin 61 penumpang dari Afrika Selatan yang didapati positif COVID-19.

Afrika Selatan mengadu ia ‘dihukum’ dengan larangan perjalanan udara kerana pertama kali mengesan varian itu, yang disebut oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai ‘varian membimbangkan’.

Beberapa negara di seluruh dunia mula menyekat perjalanan dari rantau Afrika untuk cuba mengelak sebarang ancaman terhadap usaha global menentang wabak itu.

Saintis berlumba-lumba untuk menentukan ancaman yang ditimbulkan oleh strain yang sangat bermutasi, terutamanya sama ada ia mampu kebal daripada vaksin sedia ada.

Penumpang berbaris untuk menaiki penerbangan Air France ke Paris di Lapangan Terbang Antarabangsa Tambo di Johannesburg, Afrika Selatan. – AP

Ia terbukti lebih mudah menular daripada varian Delta yang dominan.

Pelancong membanjiri lapangan terbang antarabangsa Johannesburg, terdesak untuk menaiki penerbangan terakhir ke negara yang sudah mengenakan larangan mengejut perjalanan.

Britain semalam mengumumkan peraturan kemasukan yang lebih ketat untuk semua penumpang yang tiba dan kembali mewajibkan pelitup muka, selepas mengesahkan dua kes pertama jangkitan Omicron baharu COVID-19.

Jerman mengesahkan dua kes pertama dalam pengembara yang tiba di lapangan terbang Munich dari Afrika Selatan.

Itali pula mengumumkan kes pertama jangkitan varian baharu COVID-19 itu dalam pengembara dari Mozambique dan pegawai Belanda berkata, varian Omicron telah dikesan dalam 13 daripada 61 penumpang yang telah tiba dalam dua penerbangan dari Afrika Selatan sehari sebelumnya dan diuji positif untuk COVID-19.

Kelmarin, Belgium sudah pun mengumumkan kes pertamanya membabitkan orang yang tidak divaksinasi yang pulang dari luar negara.

WHO berkata, ia mungkin mengambil masa beberapa minggu untuk memahami varian itu, yang pada mulanya dikenali sebagai nama saintifiknya B.1.1.529. – AFP

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Dua beradik bersatu semula selepas 75 tahun

BHATINDA, INDIA, 12 OGOS – Air mata kegembiraan membasahi pipi seorang pekerja buruh India yang akhirnya bertemu abang tersayang dari Pakistan buat pertama kalinya...
- Advertisment -