Thursday, January 16, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dunia diseru atasi penyakit tibi

    BEIJING, 25 MAC – Kerajaan China memberikan tumpuan utama terhadap usaha pencegahan dan rawatan penyakit tibi (TB) atau batuk kering dengan menyenaraikannya dalam Inisiatif China Sihat, di samping memperuntukkan dana khas serta menyediakan perkhidmatan pemeriksaan dan ubat-ubatan secara percuma.

    Demikian kata isteri Presiden Xi Jinping, Peng Liyuan ketika berucap dalam persidangan maya Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sempena Hari TB Sedunia, pada Khamis.

    Beliau yang juga Duta Muhibah WHO untuk TB dan HIV/AIDS turut memaklumkan kadar sembuh untuk penyakit itu di China kekal melebihi 90 peratus.

    Menurut Peng, terdapat lebih sejuta sukarelawan di China yang berbakti untuk menyebarluaskan ilmu tentang TB selain menghulurkan bantuan kepada para pesakit.

    Beliau berharap pelbagai negara dapat berkongsi pengalaman dalam pencegahan dan rawatan TB, di samping menjalankan kerjasama yang efektif. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda