Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    ‘Dunia lebih bersedia hadapi varian COVID-19’

    FRANKFURT, 17 FEB – Dunia semakin ‘bersedia’ untuk mengatasi varian koronavirus akan datang, beritahu ketua pegawai eksekutif dan pengasas pembuat vaksin Jerman BioNTech kepada AFP hari ini, ketika syarikat itu membangunkan vaksin khusus untuk Omicron.

    “Kita perlu menerima hakikat yang kita perlu hidup dengan virus untuk tempoh 10 tahun akan datang,” kata Ugur Sahin, di mana syarikatnya membangunkan vaksin mRNA pertama terhadap virus bersama syarikat Pfizer.

    Tatkala peningkatan kes disebabkan penularan varian Omicron yang lebih mudah berjangkit nampaknya berkurangan di Eropah, Sahin berkata ia tidak akan menjadi gelombang virus terakhir.

    Varian virus baharu tidak dapat dielakkan ‘kerana virus akan bermutasi lebih lanjut,’ katanya, berpotensi membawa kepada peningkatan kes baharu.

    Namun dunia sedang memasuki ‘fasa di mana komuniti memahami lebih baik cara-cara menghadapi dan mengatasi virus tersebut,’ kata Sahin.

    “Kami sentiasa belajar dan menjadi lebih bersedia,” kata bos BioNTech itu.

    Syarikat berpangkalan di Marburg, yang telah menjual lebih daripada satu bilion dos vaksin ke atas varian asal koronavirus, sedang dalam proses membangunkan vaksin khusus untuk Omicron.

    Data percubaan pertama untuk vaksin varian itu dijangka keluar pada Mac, menurut Sahin, juga memberitahu akhbar Jerman Bild bahawa penghantaran pertama mungkin berlaku pada April atau Mei jika perlu.

    Semalam, kumpulan tersebut menyampaikan unit pengeluaran vaksin mudah alih yang ditempatkan dalam kontena perkapalan, yang dirancang dihantar ke Afrika pada tahun ini bertujuan menambah bekalan vaksin di benua itu. – AFP

    Ugur Sahin (depan) berjalan di depan ‘Biontainer’ semasa pengenalan kemudahan pengeluaran di Marburg, Jerman pada 16 Februari 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...