Saturday, October 1, 2022
33.3 C
Brunei

Dunia menuju ‘arah salah’ tangani perubahan iklim

-

WASHINGTON, 14 SEPT – Dunia sedang menuju ‘arah yang salah’ dalam menangani perubahan iklim, menurut laporan United in Science yang dikeluarkan Persatuan Meteorologi Dunia, agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Menurut laporan itu kepekatan gas rumah hijau terus meningkat ke paras yang tinggi dan kadar pelepasan bahan api fosil kembali ke tahap sebelum pandemik, selepas menunjukkan penurunan semasa penutupan akibat pandemik COVID-19, lapor United Press International (UPI).

Dunia mencatatkan pemanasan paling tinggi sejak tujuh tahun lalu, oleh itu ikrar bagi mengurangkan pelepasan karbon 2030 perlu tujuh kali lebih tinggi untuk sejajar dengan matlamat 34.7 darjah seperti disepakati dalam Perjanjian Iklim Paris 2015.

Terdapat 48 peratus kemungkinan pada satu tahun dalam jangka masa lima tahun akan datang bakal menyaksikan purata suhu meningkat seketika hingga mencecah 34.7 darjah lebih tinggi berbanding purata antara 1850 dan 1900.

Laporan itu mendapati paras karbon dioksida, metana dan nitrus oksida di atmosfera terus meningkat dan menunjukkan penurunan buat seketika pada 2020.

Apabila pemanasan global meningkat, ‘titik tip’ (titik permulaan apabila sistem beralih kepada keadaan baharu) akan terjadi dalam sistem iklim, menurut laporan itu.

Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres dalam satu kenyataan berkata laporan United in Science  tahun ini menunjukkan kesan iklim menuju kemusnahan namun, setiap tahun kita menggandakan keperluan terhadap bahan api fosil meski pun sedar kesan buruk yang bakal ditinggalkan. – Bernama

Seekor burung berdiri di tengah-tengah sampah di sebuah pantai. – AFP

 

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

19 terbunuh, 28 cedera dalam kejadian letupan bom

ISLAMABAD, 30 SEPT – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan 28 lagi cedera dalam satu kejadian pengeboman nekad di sebuah pusat pendidikan di ibu negara Afghanistan,...
- Advertisment -