Tuesday, April 16, 2024
29.5 C
Brunei

    -

    Dunia perlu bersatu pulihkan rantaian bekalan makanan

    JAKARTA, 27 JUN – Indonesia menyeru semua negara bertindak segera dan tidak berputus asa untuk mencari penyelesaian damai di Ukraine agar rantaian bekalan makanan global yang terjejas dapat dipulihkan.

    Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi berkata demikian di Persidangan Menteri-Menteri menge-nai keselamatan makanan dunia di Berlin, Jerman secara hibrid minggu lalu yang turut dihadiri menteri luar, menteri pertanian dan menteri pembangunan dari negara-negara Kumpulan Tujuh (G7).

    Retno berkata kesan perang yang berlaku sekarang tidak terhad kepada satu kawasan sahaja malah memusnahkan sistem makanan global yang sudah lemah akibat pandemik dan perubahan iklim.

    Justeru, penyelesaian yang berkesan adalah dengan mewujudkan ‘koridor bijirin’ untuk mengeksport bijirin dari Ukraine serta membuka eksport makanan dan baja dari Rusia.

    “Apabila kita gagal mengatasi krisis baja, maka akan terjadi pula krisis beras yang menjejaskan nasib lebih daripada dua bilion penduduk dunia,” katanya.

    Data Majlis Bijirin Antarabangsa menunjukkan Ukraine adalah pengeksport jagung keempat terbesar di dunia dan pengeksport gandum keenam terbesar.

    Mei lalu Presiden Vladimir Putin dilaporkan berkata Rusia sedia menyumbang untuk mengatasi krisis makanan melalui eksport bijirin dan baja, dengan syarat sekatan bermotifkan politik ditarik balik. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...