Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Dunia sambut ketibaan tahun baharu

    SYDNEY, 31 DIS – Dunia mula mengalu-alukan kedatangan tahun 2022 hari ini selepas setahun yang diselubungi dengan sekatan baharu, peningkatan jumlah kes dan sedikit sinar harapan untuk tempoh yang lebih baik pada masa akan datang.

    Tempoh 12 bulan kebelakangan menyaksikan pelantikan presiden Amerika Syarikat (AS) yang baharu dan Adele mengeluarkan album baharu, Sukan Olimpik tanpa kehadiran penonton buat kali pertama, impian untuk mencapai demokrasi di Afghanistan, Myanmar dan Hong Kong hancur disebabkan oleh rejim yang berkuasa.

    Namun pandemik – kini memasuki tahun ketiga – sekali lagi mempengaruhi kehidupan bagi kebanyakan manusia.

    Dengan lebih 5.4 juta orang meninggal dunia sejak koronavirus mula muncul di bahagian tengah China pada Disember 2019.

    Ramai yang jatuh sakit – disebabkan oleh penularan koronavirus, sekatan perjalanan, perintah berkurung dan ujian PCR, LFT, RAT.

    Remaja India memakai pelitup muka untuk membantu membendung penularan koronavirus sambil memegang kertas bagi mengalu-alukan Tahun Baharu 2022 di Ahmedabad, India.- AP

    Tahun 2021 bermula dengan harapan, dengan vaksin mula diagihkan kepada sekitar 60 peratus penduduk dunia, meskipun kebanyakan negara miskin masin tidak mendapatkan akses yang mencukupi dan sebahagian daripada penduduk dari negara kaya percaya suntikan adalah satu plot.

    Ketika tahun ini menghampiri ke penghujung, kemunculan varian Omicron menyebabkan jumlah kes harian COVID-19 meningkat melepasi angka satu juta buat kali pertama, menurut perkiraan AFP.

    Perancis menjadi negara terbaharu yang mengumumkan Omicron sebagai strain koronavirus yang dominan pada hari ini.

    Di Britain, AS malahan Australia, varian tersebut menjadi penyebab rekod kes baharu.
    Negara yang terletak di Lautan Pasifik, Kiribati menjadi negara pertama yang mengalu-alukan ketibaan baharu pada 1000 GMT.

    Namun, dari Seoul hingga ke San Francisco, sambutan tahun baharu sekali dibatalkan atau dipendekkan kerana lonjakan kes jangkitan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...