Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Duo Barca Kounde, Depay alami kecederaan

    BARCELONA, 23 SEPT – Barcelona risau dengan kecergasan pemain pertahanan Jules Kounde dan penyerang Memphis Depay selepas mengalami kecederaan ketika beraksi bersama pasukan kebangsaan pada malam kelmarin.

    Kounde mengalami kecederaan paha semasa Perancis menang 2-0 di Liga Negara-Negara ke atas Austria, manakala Depay mengalami kecederaan yang sama dalam kemenangan Belanda ke atas Poland.

    Barcelona akan berdepan pendahulu La Liga, Real Madrid dalam pertemuan El Clasico pada 16 Oktober dan Kounde akan berada dalam pasukan untuk memulakan permainan, selagi dia cergas, di tengah-tengah perlawanan domestik dan Eropah yang penuh sesak menjelang sebelum Piala Dunia.

    Pemain pertahanan Perancis itu telah bermain di posisi bek kanan dan bek tengah untuk pasukan Xavi sejak menyertai pada musim panas dari Sevilla, dengan segera mengukuhkan dirinya sebagai pemain utama.

    Depay lebih kepada pemain gantian Barca, menjaringkan gol dalam perlawanan terakhir sebelum memulakan kempen rehat antarabangsa, dengan kemenangan selesa 3-0 ke atas Elche.

    “Memang mengecewakan Memphis terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan ini, ia petanda tidak baik,” kata jurulatih Louis van Gaal.

    “Saya rasa dia tidak akan bermain menentang Belgium.”

    Seorang lagi pemain Barcelona daripada Belanda, Frenkie de Jong, turut digantikan semasa menentang Poland di Warsaw kerana kecederaan kecil tetapi akan cergas untuk bermain.

    “Dia telah dikeluarkan atas sebab berjaga-jaga, ditakuti mengalami kecederaan. Dia berasa ketegangan pada ototnya sebab itu saya mengantikannyaa,” tambah Van Gaal.

    “Tetapi dia memberitahu saya bahawa dia menjangkakan untuk bermain menentang Belgium.” – AFP

    Aksi Memphis Depay (kanan) mencabar bola dengan pemain Poland Grzegorz Krychowiak semasa perlawanan bola sepak Liga Negara-Negara UEFA antara Poland dan Belanda di Stadium Nasional di Warsaw, Poland, 22 September. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...