Duo Brazil menyerlah dalam penampilan sulung

LONDON, 13 SEPT – Arsenal mencatat kemenangan pada hari pembukaan, pasangan Willian dan Gabriel memberikan perbezaan dalam penampilan sulung mereka bersama kelab.

Tidak semua lawan yang Arsenal akan hadapi untuk keseluruhan musim ini akan menjadi mudah sama seperti Fulham kelmarin.

Buat masa ini, Mikel Arteta akan menikmati kemenangan pada hari pembukaan dalam musim penuhnya di Liga Perdana Inggeris sebagai pengurus dengan kemenangan 3-0 yang dihasilkan menerusi tiga assist dari Willian, termasuk gol tandukan separuh masa kedua dari Gabriel.

“Saya tidak fikir ada sesuatu yang lebih baik dari ini,” kata Arteta. “Ia adalah sangat bagus buat mereka, untuk keyakinan mereka, kepercayaan mereka dan untuk menyesuaikan diri dalam kumpulan dengan lebih cepat. Cabaran sentiasa wujud apabila anda membawa masuk pemain baharu tetapi cara mereka bermain pada hari ini dan komitmen yang ditunjukkan oleh pemain-pemain adalah sangat hebat”.

Willian kembali di barat London selepas Chelsea melepaskan pemain sayap berusia 32 tahun pada penghujung musim lalu, yang telah ditamatkan tujuh minggu lalu selepas musim yang terganggu oleh pandemik.

Reaksi Arsenal semasa meraikan gol dalam perlawanan pembukaan menentang Fulham.- AP

Pemain yang dibeli secara percuma itu memerlukan hanya lapan minit untuk memberikan impak dengan percubaan dari jarak dekat berjaya diselamatkan oleh penjaga gol, Marek Rodak dan disambut oleh Alexandre Lacazette.

Empat minit sebelum separuh masa kedua, Willian membuat sepakan sudut dan kemudian ditanduk gol oleh Gabriel yang menunjukkan persembahan mantap .

“Persembahan Gabriel sangat mantap,” kata pemain gandingan di bahagian pertahanan, Rob Holding.

“Dia memenangi kesemua perebutan bola di udara dan menamatkan perlawanan dengan mencatat nama selaku penjaring.”

Pemain pertahanan tengah itu, yang menyertai kelab dari Lille dengan yuran bayaran sebanyak 30 juta euro, mengambil kesempatan daripada kesilapan pemain pertahanan lawan selepas dia dibiarkan tanpa dijaga untuk membuat tandukan masuk ke gawang. – AP