Duo Chainblock pamer kehebatan

Oleh Fadhil Yunus

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JULAI – Dua wakil Negara Brunei Darussalam dari Brunei Chainblock Gym mengharumkan nama negara selepas merangkul beberapa pingat ketika beraksi di kejohanan perdana bagi veteran di Singapura dan Malaysia.

Pengiran Azizul bin Pengiran Haji Badaruddin merangkul dua pingat emas dalam acara lempar cakera dan lontar peluru di Kejohanan Olahraga dan Belapan Masters Terbuka Singapura. Sementara itu Salman Siggar pula meraih dua pingat gangsa dalam acara yang sama di Kejohanan Olahraga Masters Terbuka Antarabangsa Malaysia ke-33.

Dengan pencapaian itu, satu majlis makan malam telah diadakan untuk kedua-dua atlet di Restoran Millennium, Beribi baru-baru ini.

Hadir ke majlis itu ialah pengarah-pengarah Chainblock, Lim Boon Kheng, Hong Kim Seng, Lee Han Siew dan Chung Soon Lee serta keluarga dan rakan-rakan.

Duo Chainblock Pengiran Azizul dan Salman bergambar ramai semasa majlis makan malam tersebut. – Gambar oleh Chainblock