Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Durant diketepi selepas lutut terseliuh?

    NEW YORK, 17 JAN – Kevin Durant telah terseliuh ligamen lutut kirinya semasa kemenangan Brooklyn Nets menewaskan New Orleans Pelicans pada Sabtu lalu dan dilaporkan dia akan diketepikan selama enam minggu.

    Bintang Nets, Durant terkeluar daripada suku kedua dengan kemenangan 120-105 ke atas Pelicans sejurus bertembung dengan rakan sepasukan, Bruce Brown.

    Dalam laporan yang dikeluarkan oleh Nets kelmarin menyatakan keputusan imbasan MRI mendedahkan kecederaan pada ligamen lutut tetapi pasukan itu tidak memberikan jadual kemungkinan untuk Durant kembali bermain.

    “Susulan imbasan MRI pada pagi ini, Kevin Durant telah didiagnosis dengan seliuh kolateral medial lutut kiri,” kata Nets.

    “Durant dijangka kembali pulih berikutan dengan tempoh masa rehabilitasinya. Kemas kini mengenai kepulangannya akan diberikan mengikut kesesuaian.”

    Laporan ESPN berkata pasukan itu menjangkakan Durant akan diketepikan sementara waktu di antara empat hingga enam minggu. Durant memberikan prestasi yang menakjubkan tahun ini, dengan purata 29.3 mata setiap satu perlawanan serta 7.4 rebound dan 5.8 assist.

    Prestasi Durant telah mendorong Brooklyn mengukuhkan persaingan mendapatkan tempat teratas di Eastern Conference. The Nets sekarang berada di tempat kedua, mengekori Chicago dengan separuh perlawanan meraih 27 kemenangan berbanding 15 kekalahan. – AFP

    Kevin Durant memegang lututnya selepas berlanggar dengan pemain New Orleans Pelicans semasa separuh masa pertama perlawanan NBA, 15 Januari di New York. – AP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Amaran ribut hujan tertinggi dikeluarkan

    BEIJING, 23 APRIL - Lebih 100,000 orang telah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang membawa maut di selatan China, dengan kerajaan mengeluarkan amaran...