LOS ANGELES, 16 Jan – Kevin Durant mencatatkan 32 mata apabila Golden State Warriors menguasai Cleveland Cavaliers dengan mencatatkan kemenangan 118-108 dalam persaingan antara dua pasukan yang bersaingan hebat dalam NBA semalam.
Durant menambah tujuh bantuan dan empat rebound apabila Warriors menyudahkan kemenangan menyeluruh ke atas Cavs ekoran kemenangan mereka dalam pertemuan pada hari Krismas lalu.
LeBron James dan Cleveland bermain di Quicken Loans Arena dengan azam untuk menghentikan kekalahan tiga kali berturut-turut dengan mengatasi Warriors yang telah mereka hadapi dalam tiga edisi perlawanan akhir NBA lalu.
Cavaliers mencipta pendahuluan tujuh mata pada lewat suku pertama sebelum Warriors bangkit semula mencatatkan 35-37.

Bagaimanapun Cavaliers sekali lagi mendahului dalam suku kedua, mencatatkan pendahuluan 64-57 ketika bunyi isyarat separuh masa dibunyikan.
Namun Warriors bangkit dengan tenaga baru selepas rehat, dan dengan Durant dan Stephen Curry yang mendapatkan jarak mereka, kembali ligat ke dalam perlawanan.
Warriors mengatasi Cleveland dengan 36-27 dalam suku ketiga, dengan meraih enam mata pendahuluan pada 91-85 apabila Durant melakukan lompatan tiga mata dari jarak 29 kaki.
Warriors mendahului 93-91 apabila memasuki suku keempat dan dengan Cleveland mula keletihan, jaguh NBA ini memantapkan permainan. – AFP