Friday, September 27, 2024
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Durian segar Malaysia kini boleh dinikmati pengguna China

    NANNING, 26 SEPT – Setelah menandatangani perjanjian pemeriksaan kuarantin dengan China pada tahun ini, Malaysia mengeksport durian segar kumpulan pertama ke bandar Zhengzhou China menerusi pengangkutan udara Ogos lepas, dan kargo itu kemudian diagihkan untuk dihantar ke sejumlah bandar yang lain.

    Ia menandakan durian segar yang dieksport Malaysia boleh didapati dalam pasaran China dalam masa 36 jam sahaja, dan bertuahlah para penggemar durian di China kerana boleh mengecapi durian Malaysia yang segar tanpa menjejak kaki ke luar negara.

    Sebelum ini, pengangkutan laut untuk durian sejuk beku dengan menggunakan cecair nitrogen yang diimport dari Malaysia memerlukan masa dua hingga tiga minggu.

    Demikian didedahkan dalam Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-21 yang sedang berlangsung di bandar Nanning wilayah Guangxi, China.

    Terdapat 30 peratus zon pame-ran utama dalam CAEXPO 2024 merupakan yang dikendalikan pempamer asing dengan kebanyakannya dari negara ASEAN. Malaysia, Indonesia, Laos, Myanmar, Thailand dan Vietnam masing-masing menyewa satu balai untuk mempamer dan mempromosi produk domestiknya.

    Sementara itu, Malaysia buat kali ketiga dipilih sebagai negara tetamu kehormat CAEXPO, bertepatan dengan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China-Malaysia. Selain zon pameran ‘bandar mempesona,’ Balai D6 juga dijadikan premis Malaysia secara sewa khas untuk menunjukkan produk yang bercirikan tempatan, dengan durian segar sebagai yang paling menarik.

    Bagi golongan pengguna China, durian segar lebih sedap dan rasanya lebih halus berbanding dengan durian sejuk beku,dan kedua-duanya dijual pada harga yang sama dengan adanya pengangkutan yang mudah pada masa sekarang. – Bernama

    Gambar bertarikh 24 Ogos menunjukkan sebanyak 15 metrik tan durian segar, daripada jumlah keseluruhan 40 metrik tan, telah dieksport ke China. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda