BEIJING, 10 JAN – Duta Afghanistan ke China meninggalkan nota peletakan jawatan selepas mendedahkan kakitangannya tidak dibayar gaji selama beberapa bulan.
Javid Ahmad Qaem memaklumkan dalam Twitter, bagaimana dia terpaksa mengikis wang tunai dari akaun bank kedutaan untuk membayar gaji kakitangan selepas Taliban merampas Afghanistan Ogos lepas.
“Sejak kami tidak menerima gaji dari Kabul sekitar enam bulan lalu, kami melantik jawatankuasa dari dalam diplomat untuk menyelesaikan isu kewangan,” kata Qaem dalam surat kepada kementerian luar negeri Afghanistan bertarikh 1 Januari namun disiarkan dalam media sosial hari ini.
Namun, dia masih meninggalkan beberapa dana untuk penggantinya. – AFP