Duta besar Piala Dunia 2022 Qatar positif COVID-19

DOHA, 3 MEI – Seorang duta besar Piala Dunia 2022 di Qatar telah disahkan positif COVID-19, menurut penganjur kejohanan.

“Pemain tengah Qatar yang sudah bersara, Adel Khamis, 54, dengan dukacitanya telah didiagnosis positif COVID-19,” jelas jawatankuasa tertinggi penganjuran kejohanan 2022 dalam laman Twitternya.

“Kami berharap mereka kembali sembuh seperti sedia kala.”

Qatar telah melaporkan 13,409 kes COVID-19, 1,372 telah pulih dan 10 kematian.

Tugasan di stadium Piala Dunia Qatar dan projek besar yang berkaitan dengan kejohanan itu terus dilanjutkan meskipun terdapat peraturan penjarakan sosial yang sukar untuk membendung penyebaran virus di kalangan tenaga kerja yang kebanyakannya buruh warganegara luar. Jawatankuasa tertinggi yang bertanggungjawab untuk menjayakan kejohanan itu mengatakan bahawa mereka sedang mengkaji keadaan itu secara berterusan dan akan mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk melindungi kesihatan dan keselamatan semua pekerja binaan dan kakitangan. – AFP