Duta China ke Israel ditemui mati

HERZLIYA, ISRAEL, 18 MEI – Duta China ke Israel, Du Wei meninggal dunia di kediamannya di Tel Aviv semalam, dipercayai kematian biasa, kata satu kenyataan dari Beijing.

Duta berusia 57 tahun itu, yang tiba di Israel pada pertengahan Februari, ditemui mati di rumahnya di Herzliya, utara bandar, beritahu jurucakap Micky Rosenfeld kepada AFP.

Satu kenyataan dari kementerian luar China berkata: “Keputusan awal menunjukkan Duta Du Wei mati mengejut atas sebab-sebab kesihatan. Butir lanjut belum disahkan.

Rosenfeld memberitahu AFP bahawa pegawai telah mengunjungi premis sebagai sebahagian daripada ‘prosedur biasa,’ tetapi polis tidak menjalankan siasatan dalam kematian Du.
Isteri dan anak lelaki Du tidak bersama beliau di Israel.

Du sebelum ini berkhidmat sebagai duta ke Ukraine, menurut biografinya di laman web kedutaan.

Du menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari selepas tiba di Israel disebabkan wabak koronavirus, menurut satu temu bual dengan media tempatan pada Mei. – AFP

Pegawai polis Israel keluar dari kediaman duta China di tengah bandar Israel Herzliya pada 17 Mei 2020. – AP