Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Duta India ke Palestin ditemukan maut

    NEW DELHI, 7 MAC – Duta India ke Palestin, Mukul Arya, ditemukan maut di pejabatnya pada Ahad, lapor agensi berita Palestin WAFA.

    Menteri Luar India Subrahmanyam Jaishankar yang terkejut dengan kejadian itu dalam akaun Twitternya berkata

    “Beliau seorang pegawai yang bijak dan berbakat. Simpati saya terhadap keluarga beliau.”

    Punca kematian masih belum dapat dipastikan. Arya menyertai Perkhidmatan Luar India pada 2008, sebelum ini berkhidmat di Perwakilan Tetap India ke UNESCO di Paris serta di kedutaan di Kabul dan Moscow. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...